Thursday, March 17, 2011

BAIK BURUK DIET SESUKA HATI


 
Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.
 
  1. Diet epal dan detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).
 
Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
 
Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
 
  1. Diet elak nasi.
Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
 
Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
 
Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
 
  1. Makan tiga sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
 
Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
 
Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.


     Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008)
            Hiruk pikuk musim perayaan meninggalkan kita, kini berharap semoga dapat menyusutkan lemak tambahan hasil bersukaria ‘sempena’ pesta perayaan. Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’ umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.
           Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan dan senaman yang seimbang.

     Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar
          Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.

      Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan
            Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.

      Contohnya:
    Ø     Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.
Ø     Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan  setengah cawan beras perang.
Ø      Makan malam: salad salmon salai.

                 Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.

      Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?

  • Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air.
  • Pokok tumbuh di tanih lahar subur.
  • Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit. 

Tuesday, January 25, 2011

PUasa dIeT yAng PaLiNg bErKeSaN


BERPUASA, ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam sebenarnya mempunyai banyak kebaikan ke atas kesihatan manusia.

Semasa berpuasa, tubuh mempunyai mekanisme regulasi yang menjadi aktif, kadar metabolisma akan menjadi perlahan, lemak tubuh dan lemak daripada makanan akan digunakan sepenuhnya dan pembuangan bahan toksik secara semulajadi akan berlaku.

Terdapat banyak faedah berpuasa seperti :-
1)memberi rehat pada perut.
2)memusnah serta mengeluarkan bahan buangan berbahaya daripada perut. 
3)mengawal tekanan darah.
4)menguatkan salur darah
5)meningkatkan fungsi jantung serta buah pinggang
6)mengawal paras gula dan menurunkan paras kolesterol serta asid urik.

Bagi mereka yang menghadapi masalah obesiti, penurunan berat badan akan dapat dicapai semasa berpuasa.

Pengambilan makanan yang seimbang perlu pada bulan puasa kerana makanan yang seimbang boleh membantu membaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keasidan perut, menghalang daripada sembelit dan masalah penghadaman lain serta dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
 

Jika pada siangnya kita berpuasa, malamnya pula kita amat digalakkan untuk bersahur.
Bersahur amat dititik beratkan kerana ia membekalkan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun dengan sekadar meneguk air.
 Menurut pakar pemakanan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Pusat Perubatan Kampung Baru, Sarah Sabreina Mohd. Sabidi, air merupakan komponen yang sangat penting di dalam tubuh. Kekurangan air di dalam tubuh akan menyebabkan dehidrasi.

“Kesannya, banyak proses di dalam badan akan terganggu, kurang tumpuan, mabuk dan mungkin pitam. Masa bersahur juga baik untuk minum satu atau dua gelas air suam (selepas bangun tidur) kerana ia membantu membuang sekresi (cecair) di dalam perut yang tertinggal semalaman.
“Amalan ini juga boleh mengaktifkan buah pinggang untuk bekerja dan membantu dalam proses penyingkiran bahan buangan serta toksik dalam badan,” kata Sarah pada ceramah kesihatan umum bertajuk ‘Diet, Puasa dan Makanan Seimbang’ di Pusrawi, baru-baru ini.
Beliau berkata, semasa bersahur, makan makanan daripada jenis yang dihadamkan dengan perlahan kerana dapat membantu melambatkan proses lapar.
Ambil juga makanan daripada kumpulan karbohidrat kompleks yang mengandungi tinggi serat dan boleh bertahan selama lapan jam.
Di antara jenis makanan yang dihadamkan perlahan ialah bijirin gandum penuh, beras perang, oat, kekacang, barli, sayur-sayuran, buah-buahan segar dan buah-buahan kering.
Makanan yang tinggi serat seperti bijirin penuh, biji-bijian, barli, gandum penuh, oat dan kekacang dapat membantu penghadaman, mengelakkan sembelit dan rasa kenyang bertahan lebih lama. Ia juga mengurangkan keasidan perut dan meningkatkan penghasilan asid hempedu bagi penyerapan lemak.


Diet Semasa Berbuka
Rasulullah s.a.w. menyarankan umatnya untuk segera berbuka setelah lebih 10 jam berpuasa dan mencukupilah dengan air, kurma atau jus buah-buahan yang kaya dengan glukos, vitamin dan mineral.
Sarah berkata, glukos merupakan gula ringkas yang dapat memberi tenaga segera pada tubuh. Vitamin pula diperlukan untuk menukarkan karbohidrat ringkas kepada sumber tenaga tubuh, jus buah penghilang tenaga yang mujarab dan pisang kaya dengan potassium, magnesium dan karbohidrat ringkas.
Menurut Sarah lagi, pengambilan air amat penting semasa berbuka kerana air memberi kesegaran kepada tubuh setelah lama berpuasa, mengelakkan dehidrasi berlanjutan, mengganti semula air yang hilang semasa berpuasa, kekurangan air akan menjadikan metabolisma rendah.
“Sebaik-baiknya sediakan minuman daripada bahan semula jadi seperti gula merah, madu lebah dan jus buah. Elakkan atau kurangkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan.
“Elakkan minuman berkafein yang berlebihan kerana ia menyebabkan sukar tidur, gastritis, mempercepatkan degupan jantung dan mengurangkan prestasi mental.
“Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu dan mengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat,” tambah Sarah.

Monday, January 24, 2011

Awat Ngantuk pas Lunch ha??

MENGANTUKNYA!

"Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  • Lesu pada waktu siang
  • Sakit belakang
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat
  • Mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Sunday, January 23, 2011

CILI??????? kuruskn badan??



LOS ANGELES : Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat telah membuat penyelidikan yang menyatakan bahawa memakan banyak cili dapat meneurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak. –petikan akhbar KOSMO-


Kajian yang dilakukan ini adalahterhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili. Kajian ini mendapati pembakarkan tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perasa cili tiruan.

HA!! Guys.....cane? percaya x eh ngn artikel kt atas ni? Boleh ke cili ni menjadi salah satu bahan yg membantu kuta tuk kurus???hee~~~ mcm ea je kn.....jom ikut kajian dibawah...JOM! JOM!
Dalam cili terkandung sejenis bahan kimia semulajadi yang dipanggil sebagai  capsaicin. Capsaicin ini berfungsi mempercepatkan penukaran makanan makanan yang kita mkan ke dalam bentuk haba ( tanaga = kalori). Proses ni dinamakan sebagai  DIET-INDUCED THERMOGENESIS.


Ha!! So....bg kengkawan yang sedang dalam proses diet tu kn...proses ini amat membantu u all tau...=)
Kesan daripada proses ni, badan anda akan lebih cepat membakar kalori dalam tubuh secara automatik berbanding ia akan disimpan sebagai lemak yang berlebihan... ha!! Betul x? Msti  u all xnk kn keadaan yang mcm ni...=)
Haaaaa...ni satu pertanyaan...Adakah kita nk mkn cili byk2 semata2 nk kurus?? Hihhi... ikut la mcm mn keadaan korang k...selitkan dalam setiap masakan ke...tp...jgn fanatik sangat k...takot memudaratkan

Apa2 pon,  bg saya keseimbangan itu penting...tak guna mkn cili byk2, amalkn diet pemakanan, tapi dalam masa yang sama u all x amalkan senaman yang baik, n masih makan mknan yang berlemak, akan memudaratkan tubuh badan kita je kalu xda keseimbangan...=)

10 Kesilapan Program Diet

1 Terlampau ghairah mengira kalori.
2 Tidak minum air yang mencukupi.
3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
6 Tidak merancang dengan betul program diet.
7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
9 Mengabaikan sarapan pagi.
10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet

Saturday, January 22, 2011

Khasiat Teh

Teh Mempunyai 1001khasiat yang ramai tidak ketahui. Topik sebelum ini ada menceritakan mengenai kebaikan teh namun apakah bahan yang memberi khasiat kepada setiap cawan teh yang diminum itu. Mari kita lihat di sini segala khasiat-khasiat yang terkandung didalam teh.
  • Teh Mengandungi phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah. Teh juga befungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkir oksidasi LDL atau dikenali dengan kolestrol buruk. Namun begitu khasiat teh yang diketahui ramai ialah khasiatnya meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit.
  • Catechins juga salah satu bahan yang terdapat dalam teh berfungsi sebagai antioksida
  • Teh juga mengandungi fluorida yang peting dalam menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi.
  • Flavonoids juga terkandung didalam teh memberi khasiat membina dan menguatkan otot. Menurut laporan di Archives of Internal Medicine, Kajian ke atas 500 lelaki dan perempuan di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima.
  • Kajian pada tahun 2001 yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun mendapati teh berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian terhadap tikus mendapati tikus yang diberikan teh menunjukkan jangka hayat yang lebih lama berbanding tikus yang diberikan air biasa.
  • Kajian saintis jepun pula mendapati ter berupaya menentang alergi. Kandungan antioksida didalam teh hijau mampu menghalang proses biochemical yang bertindakbalas pada pembentukan alergi. khasiat teh hijau amat mujarab bagi mereka yang alergi kepada persekitaran berhabuk.
  • Mitchell Gayor, Pengarah strong Cancer Preventation Center di New York berkata, teh adalah salah satu sumber terbaik untuk menentang serangan barah. Menurut kajian beliau kandungan antioksida yang terdapat di dalam teh boleh membantutkan perkembangan enzim yang membantu perkembangan sel-sel barah. Beliau juga menasihati supaya meminum teh empat cawan sehari.
  • Khasiat teh hitam pula ialah berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu menghalang darah dari berkumpul yang boleh menyebabkan darah terhenti. Menurut kajian yang dilakukan oleh Boston’s beth Israel Deaconess Medical Center, seramai 1900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan meminum teh dua cawan sehari.

  • Berikut ini adalah 27 macam manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian.
    1. Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
    2. Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
    3. Menurunkan kadar kolesterol
    4. Menurunkan resiko terkena berbagai penyakit hati
    5. Menurunkan resiko terkena stroke
    6. Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza)
    7. Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
    8. Memperbaiki fungsi kognitif
    9. Bermanfaat bagi kesehatan gusi
    10. Mencegah sesak nafas
    11. Mengurangi stress
    12. Menghilangkan kelelahan dan keletihan
    13. Mampu mencegah timbulnya penyakit kanker
    14. Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor
    15. Membantu penyembuhan penyakit kanker
    16. Membantu menurunkan berat badan
    17. Mengurangi resiko timbulnya radang sendi dan reumatik
    18. Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
    19. Mencegah osteoforosis
    20. Mencegah timbulnya alergi
    21. Melindungi lever
    22. Mencegah hepatitis
    23. Membantu menghalangi penyebaran virus HIV
    24. Mengurangi bahaya merokok
    25. Memperlambat penuaan
    26. Baik dikonsumsi untuk penderita diabetes
    27. Mampu mencegah keracunan makanan

          


  • Khasiat teh hijau memang telah ramai yang ketahui ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Sebenarnya flavonoids yang terdapat di dalam teh hijau ini mampu mengubah cara menggunakan hormon dipanggil norepineephirine yang meningkatkan lagi kelajuan kalori di bakar.