Monday, January 17, 2011

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Tips, tips, tips, tips.....boring je kn klu pikir2 asyik kne ikut... nk makan pon ada tips ke?
hihi...tips2 mcm ni la kita kne slalu amalkan...mulakan sedikit demi sedikit...lama2 kita terbiasa dengan amalan yang kita lakukan...x rugi pon ikut...sbb semuanya akan dapt kebaikan daripada apa yang kita amalkan sesuatu perkara yang baik...ikut ea tips2 nih...bukan untuk sapa2...tapi tuk diri kita sendiri jugak...Sayangi diri sendiri dengan pengamalan dan gaya pemakanan yang sihat!!!
 
  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.



  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".



  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.



  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.



  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.



  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.



  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.



  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.



  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.



  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi



  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.



  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.




  • No comments:

    Post a Comment