Petua


Mencantikkan Sayur Yang Dicelur
Kebiasaannya sayur akan kelihatan layu setelah dicelur atau direbus ini mudah sekali. Masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Apabila sudah mendidih barulah dimasukkan sayuran untuk dicelur. Sayur pasti akan kelihatan berkilat dan enak.
Telur Lama Atau Baru
Masukkan telur tersebut di dalam air berisi air sejuk bercampur garam. Jika telur itu tenggelam, bermakna ia masih segar atau baru. Jika ia timbul, seeloknya dibuang sahaja telur itu kerana ia akan mempengaruhi hasil masakan anda.
Kupas bawang putih
Untuk memudahkan mengupas bawang putih, panaskan bawang putih beberapa saat di dalam ketuhar baru lah di kupas.
Jagung Lebih Enak
Ketika merebus jagung, jangan campurkan airnya dengan garam kerana ia akan membuatkan isi jagung itu keras sebaliknya campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak dan manis rasanya.
Kekacang Dalam Kek
Untuk mengelakkan kekacang dalam kek anda tenggelam apabila masak, bakar kekacang tersebut terlebih dahulu di dalam ketuhar beberapa minit dan barulah dimasukkan kedalam kek.
Cara Mudah Bersihkkan Kuali
Rendamkan dahulu kuali bersama air yang dicampurkan serbuk penaik selama 10 sebelum mencuci.
Harumkan Pinggan MangkukUntuk mengelakkan pinggan mangkuk yang dicuci berbau, letakkan 5-6 helai daun pandan di tempat anda toskan pinggan mangkuk.
Hindari Kutu Beras
Simpan bersama beberapa batang lada kering atau beberapa helai daun belimbing yang telah dibersihkan dan di keringkan bersama-sama beras.
Gula Melaka Wangikan Beras
Bagi mengelakkan ancaman semut simpan gula melaka di dalam bekas beras di samping terhindar dari ganguan semut, beras anda juga lebih wangi.
Elak Lengkuas Kecut
Simpan lengkuas di dalam botol kaca atau plastik, sebelum itu isikan botol sedikit air.
Hilang Minyak Lemak Haiwan Pada Pinggan
Rendam peralatan tersebut dengan air panas sebelum mencuci.
Melembutkan Daging Burung
Ambil sebiji betik muda yang telah dibuang kulitnya dan rebus bersama burung beberapa jam sebelum memasak.
Daun Kari Tahan Lama
Bersihkkan daun kari dengan air kemudian leraikan daunnya dan simpan dalam bekas kedap udara.
Getah Pisang Muda Tidak Melekat
Sediakan sebesen air garam dan kupaslah di dalam air garam tersebut.
Ikan Tidak Hanyir
Untuk menghilangkan hanyir iikan seperti ikan duri dan pari. Ramaskan asam jawa di dalam bekas bersama air dan rendam ikan selama setengah jam. Kemudian kikis hanyir pada ikan hingga habis. Kemudian barulah ikan tersebut di siang dan di ramas bersama asam jawa dan garam beberapa kali hingga bersih dan hilang hanyir.
Ayam sentiasa Segar
Sebelum di simpan, cuci ayam dan perapkan bersama tepung gandum untuk seketika. Seterusnya, cuci ayam tersebut semula dan barulah di simpan di dalam peti sejuk.
Menghilangkan Bau Cili Ketika Memasak
Bagi mengelakkan hidung terasa pedih ketika memasak. masukkan sehelai atau dua helai daun kari kedalam masakan. Bau yang memedihkkan itu akan hilang beberapa saat selepas anda memasukkan daun kari tadi.
Mewangikan Ikan Kukus
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perapkan ikan dengan perahan air limau nipis selama kira-kira satu jam. Kemudian, racik-racikkan halia lalu disumbatkkan pada penutup insang ikan sebelum kukus. Halia tersebut boleh di kukus bersama untuk menambahkan bau wangi ikan tersebut.